Apa itu Persijilan Malaysia Good Agricultural Practice (myGAP).
Ianya merupakan Persijilan oleh Jabatan Pertanian bagi mengiktiraf ladang-ladang yang mengamalkan Amalan Pertanian Baik (APB).
Dimana konsep APB yang mesra alam sekitar, menjaga kebajikan dan juga keselamatan pekerja bagi menghasilkan makanan yang berkualiti dan selamat dimakan.http://www.doa.gov.my/index.php/pages/view/373
Untuk pengetahuan umum, terdapat beberapa jenis Persijilan myGAP
- PENGELUARAN SAYURAN / myGAP MS 1784:2016
- PENGELUARAN TANAMAN /myGAP MS 1784:2016
- PEMELIHARAAN LEBAH & KELULUT/ myGAP. AM MS 2679
- TANAMAN BUKAN MAKANAN/ myGAP.TBM
- PESTICIDE FREE/ myGAP.PF
Antara Kelebihan Persijilan myGAP
- hasil pertanian diyakini selamat dimakan dan berkualiti
- hasil pertanian dapat dijual dengan harga yang lebih baik di pasaran domestik
- Diiktiraf Piawaian Standard Dunia untuk eskport ke pasaran ASEAN dan global
- bagi kontrak ladang dengan fama, hasil akan dibeli dengan tanbahan nilai sebanyak RM0.20/KG
- Menjaga kebajikan pekerja ladang
- memelihara alam sekitar
Bagaimana proses permohonan myGAP
Ianya bermula dengan permohonan oleh pemohon dan didaftarkan oleh Jabatan untuk proses pendaftaran.
Jabatan melakukan proses pemeriksaan tapak dan urusan audit dalam dilaksanakan.
Pengambilan sampel diambil dari ladang.
Amalan di ladang juga diaudit oleh pegawai audit jabatan.
Seterusnya, mendapat kelulusan sijil oleh jawatankuasa serta dianugerahkan sijil kepada pemohon yang berjaya.
Sebagai pengguna, kenapa kita perlu memilih sayur dan buah atau makanan seperti telur yang berlogo myGAP
- Sisa racun dalam makanan hanya sedikit, terkawal dan disahkan tidak memberi kesan kepada kesihatan manusia apabila dimakan.
- Penggunaan racun & baja kimia mengikut pengesyoran dan kawalan ketat Jabatan Pertanian
- hasil sayur dan buah diuji di makmal bagi memastikan sisa bahan kimia dan racun mematuhi piawaian yang telah ditetapkan
- ladang dan pengurusan ladang yang dipantau sepenuhnya oleh Jabatan Pertanian
- Sekiranya berlaku perlanggaran, sijil akan ditarik balik/ dibatalkan oleh Jabtan Pertanian
Permohonan dibuka SEPANJANG TAHUN
Pemohon hendaklah memastikan:
- tanah yang diusahakan sah di sisi undang-undang
- ladang telah mula bertanam dan mengeluarkan hasil
- hasil dikeluarkan adalah bertujuan untuk jualan domestik atau import.